Monday, November 2, 2009

TERAPI TEKANAN

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tidak ditadbir atau tidak dikawal dengan metodologi tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya

Kita harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan :

* Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.
Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

* Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

* Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)

* Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak

* Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam

Monday, October 12, 2009

AMARAH....

Huhuhu...dugaan aku berpusa hari ini, mmg btol la setiap yang baik yang kita nak dan sedang lakukan ada jer cabaran yang datang..masa ni la nk atau tabah ke tak seseorang tu....kemarahan tu adalah perkara yang amat dicintai oleh makhluk tuhan yang bernama SYAITAN bile kita marah melompat2 si SYAITAN..menghuru harakan hati seseorang yg marah...bile aku mara...naik sampai kepala tetiba rasa mcm nk pitam pun ada...so tarik la nafas dalam2 n cuba mengucap...bile rasa tak puas hati lg call la sesape utk meluahkan perasaan yg marah...bukannyer marah org tu tapi luahkan perasaan nape n kat sape kita marah...tapi jaga2 ye,silap2 org yg kt nk luahkan perasaan tu yg balik kena marah hahaha...akhirnya puasa aku tinggal dlm kenangan jer...balik umah trus bukak peti ais tegok air sejuk...walhal aku syang ngan pose yg da setengah hari tu...tp tu la kan manusia mcm aku ni sgt lemah tol...mesti SYAITAN wat party coz aku da berjaya diperdayakan dgn perasaan marah...cis!menyirap jer aku dgn perasaan tu...so moral of the story...mcm mane pun marah ingat la bahawa kita ada pendinding diri yg dapat membantu kita menghilangkan rasa amarah...jgn jadi mcm kisah hari ini kerana perasaan marah semua benda baik yang da dibuat terbiar macam tu aje...sape yang rugi diri sendiri la kan....renung2kan lah...

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah


Saturday, October 10, 2009

MONEY WORK FOR US!



Hari ni aku terfikir salama ari ni aku bekerja untuk mencari duit,tapi percaya tak duit bole bekerja untuk kita...emmm bole percaya ker?tapi tak mustahil kan....tapi mcm mane ek?pagi2 aku da terpikir sampai bile aku bekerja untuk mendapatkan duit..walaupun kadang2 ada org kata hidup as guru da mmg selesa...yela hutang takde diluar gaji smua da siap ditolak...tapi andai kata satu hari aku btol2 memerlukan duit utk kecemasan adakah aku dah bersedia dgn kewangan ek?bukan stakat duit jela kan mcm mane plak kebebasan aku utk sentiasa bersama keluarga?bile da dr pagi smpai ptg dok mencari duit..family mcm mane plak ek?isk berat nih....percaya tak ckp aku bahawa org kerja krajaan sring berasa selesa dgn ape yg ada...walhal tuhan menjadikan tenaga kita maxsimum utk digunakan tp aku rs aku ni ha bru guna tenaga 10% je kot...90% lagi ntah tak buat ape pun...mmg org ada kata duit bukan segalanya..tapi klu takde duit mcm mane nk survive beb..hari ni aku tgk ada segelintir org sgt berusaha...lebih penat daripada aku...bile otak ni terfikir2 tentang ini,btol la aku perlu berusaha utk mencari satu peluang yg diluar bidang aku ni..peluang yg bole memberi aku kebebasan kewangan dan kebebasan dgn family...semakin hari semakin meningkat usia..simpanan berapalah sgt...hidup semakin sukar..jadi aku perlu bertindak sekarang..kepada sesiapa yg membaca..pikirlah hari ini kt mudah brasa selesa dgn hidup kita tp sebenarnya itu hanya statement utk menyedapkan hati kita sahaja padahal kita sanggup berhutang utk mendapat keselesaan...klu hari ini gaji kt mencecah 3k sebulan tp kt hanya mampu menyimpan suku daripadanya alhamdulilah tp klu tak?emm lu pikir ar sendiri ek...tuhan pun ada berkata rezeki akan dlimpahkan pd sesiapa yg sgt berusaha usaha banyak, banyak la ganjarannya,usaha sedikit,sedikit la ganjarannya...

Tuesday, October 6, 2009


ni bahan rujukan untuk semua students visual art...lesson how to make batik...so... buddies klu rasa tak penah tgk pembuatan batik sila la tgk this video ekk...art tu bukannyer terbatas kraf juga adalah hasil seni tradisional yang telah dinaik tarafkan...but remember actually batik berasal daripada indonesia yee...walau dari mana pun asal usulnya...ianya tetap menjadi bahan kraf yang amat berharga dan tidak ternilai...so after this video u all bole grab my note of batik ok...LAYAAAAANNNNNNNNNN

Sunday, September 6, 2009

Cerita Di Pagi Hari


hari ni cuaca agak mendung dan suram...cahaya yang ada seperti berlindung di sebalik awan..pagi2 lagi aku da ngadap labtop ni ntah trasa byk benda nk buat..tetiba cuping teling terdgr satu dentuman agak kuat la jgk...aku tak nk g tgk pe yg berlaku di luar tratak bonda aku nih...tkut klau2 benda yg bakal ditengok tu sesuatu yg menakutkan..isk hati tak sedap jer.meronta2 nk g tgk pe sbnarnya berlaku..agak 5 minit aku tak dgr pe2 kt luar sna...so dgn hati yg d beranikanaku g lah jgk tgk..kebetulan pada masa yg sma pakcik dpn tratak bonda pun berlari keluar dr rumahnya..mungkin nk tgk pe yg berlaku cetus hati aku...at least ada jgk org nk acompany aku...kluar je dr tembok umah..pergh...tak sangka aku nmpak sebuah motosikal ala2 kg gitu rebah di atas jalan raya yg baru diturap sebulan yg lepas...aku tgk lg pakcik harun tgh berckp ngan seorg perempuan yg mukanya penuh dn aliran warna merah yg pekat...nk pitam ar jgk tgk darah...jantung da mula berdegup kencang...tp kena gagah jgk coz sape lg nk tlg...ni la pertama kali aku tgk org jatuh moto dpn umah aku...darah jgn ckp ar memancut2...then aku n pakck harun pun angkat la moto dia ke tepi..dlm pd masa yg sma tny ar jgk mcm mane akak leh jatuh plak ni...akak tu juz bgtau dia nk mengelak drpd seekor kucing yg nk melintas...nsib ar kucin tu slamat klu tak lg aku tak snggup....akhirnya aku pun bwk la akak tu g klinik desa yg berdekatan...trpikir gak arini ari ahad ada org ke kt klinik...huhuhu klu takde haru la jgk...so g je la dgn juz pkai kain batik n t-shirt aku sempat gak capai tudung...dlm ati berfikir gak..seb baik da mandi klu tak malu siotttt...emmmm ingatkan da berakhir dah...smpai klini seperti jangkaan mmg nurse tak de..hampir 1/2 jam aku tggu aku da panik coz akak tu da mula ak ingat ape2 sampaikan nama dia pun dia tak ingat dah...isk parah aku ni pe2 hal jd kang mampos la....d pendekkan story ayah n mak akak tu dtg amik akak tu utk hantar ke klinik...moral of the story pg2 ni...kdg2 kita rs tak mampu utk membantu tp ble tuhankata kita kna tlg so kita jgklah yg kea tlg...myb arini ari tak baik utk akak tu..cuma yg aku harap akak ani tak ape2 n sihat sentiasa...so sesape yg emandu drive carefully coz kt tak tau ape d dpn kita...aku pun mengingatkan diri sendiri!

Sunday, August 30, 2009

BACK TO SKOOL AGAIN

Slamat kembali ke sklolah smula...pergh..on week da berlalu...sok da nk mula skola smula...what makes me happy at school?emmm let me guest...mayb..my bcoz our principal...arghhh not really..mayb bcoz our persekitaran at skool...isk tak jgk...ke mayb bcoz da tak sabar2 nk wat keje2 skola...hehehe..lg ar klakar....ntah lah yg sbenarnya i really like go to skool bcoz my beloved students...tu jer...sayang sgt kat diaorg..tu yg sronok dok skolah tu...this holiday almost 5 day aku menetap di rumah ibu mertuaku...hehehe disamping suami tersayang..ble da dok umah mertuaku..hah buat2 ar rajin walaupun sbnarnya aku mmg la rajin...seronok ble always be with my hubby..tp smua tu juz a moment jer..ble nk blk la sede jer kat ibu mertuaku...tp nk wat lagu mana dah tu yang terbaik aku leh buat kan..takpe ada rejeki aku dpt la dok ngan hubby n ibu mertuaku!skrg time aku nk blaja makes money n makes my life happie...kdg2 kita perlu keluar dari kebiasaan dan now aku sdg cuba melangkah ke satu bidang yang tak penah aku rasa ak akan ceburi...tp blom try blom tau kan...insyaallah ble kita ikhlas,tuhan akan beri jalan...tapi sblm tu byk la dugaan yg sedang dan bakal aku n hubby tempuhi...so wish me luck!
emm before terlupa i like tu wish congratulain to all my exclassmate,exhousemate yang da jd parents n bakal jd parents..hope ur life mush happier n blessfull...insyaallah...